Pokok manggis Manggis

Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki). Pokok manggis biasanya berbuah selepas tempoh hujan lebat. Pokok yang matang mampu berbuah antara 100 hingga 3,000 biji buah.

Pokok manggis juga amat sensifif kepada jenis tanah dan kealkalian tanah. Pokok manggis tidak tahan kawasan tanah masin, atau tanah berpasir. Manggis tumbuh di kawasan lembapan tinggi dengan kadar hujan 180-250 cm setahun. Pokok manggis boleh ditanam berhampiran sungai, kolam atau kawasan berair di mana sistem akarnya kekal lembab sepanjang tahun. Pokok manggis boleh hidup subur sekiranya sistem pengairan dan pengaliran air adalah baik serta kandungan bahan organik dalam tanah yang seimbang dan tinggi.[1]